tag:blogger.com,1999:blog-12344358155147303212024-03-05T12:01:36.153+08:00vicissitude prevail"where lies can never hide and where truth is easily be found"Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.comBlogger144125tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-5436130082998545392016-07-04T11:36:00.001+08:002016-07-04T11:36:31.041+08:00Dogmatik
Zaman sekolah dahulu, soalan berbentuk subjektif sangat ditakuti. Ini kerana, kebolehan membutirkan fakta lalu menyokong dengan hujah adalah sangat menggerunkan. Boleh jadi fakta yang diberi itu tidak menepati skema jawapan atau hujah yang dikemukakan tidak sesuai dan dangkal hingga menatijahkan pemberian markah yang mendukacitakan.

Hari ini masyarakat yang melalui zaman persekolahan sedemikian tidak lagi mempraktikkan disiplin sebegitu. Masyarakat tidak lagi dihukum atas jawapan. Masyarakat sudah tidak lagi dibentuk dengan kotak acuan atau diasak sempadan jawapan. Seolah-olah masyarakat hari ini menikmati kebebasan setelah terpenjara sebegitu lama yang menghadkan keupayaan berfikir di luar konteks, melaksana tindakan dan mengekspresi emosi yang pelbagai.

Dan hari ini, masyarakat tersebut mula menikmati kebebasan semaksima mungkin kerana sudah tidak ada lagi skema jawapan yang mampu menentukan arah tuju kehidupan. Sudah tidak ada lagi kebergantungan terhadap satu-satu jawapan yang konkrit dan objektif. Malah, tiada lagi hukuman atau pemarkahan atas kesalahan melontar jawapan yang tidak terkandung dalam skema. Jelasnya, masyarakat hari ini memilih untuk berani menjawab, dan lebih gemar memberi jawapan atau komentar yang tidak jelas dan bersifat individu, menyimpang, meleret-leret serta bersifat dogmatik.

Ini ialah penyakit.

Penyakit yang sengaja dikomersialkan dan dikelabui dari etika dan adab. Jauh dari sempadan yang telah digariskan oleh pengalaman masyarakat lampau. Malah penyakit ini semakin membarah hatta dalam bulan yang mulia ini juga.

Pokok pangkalnya, adakah kita ini sedar yang kita berpenyakit lalu berusaha memulihkan diri kita? Atau masyarakat melihat ini sebagai satu lonjakan ke arah pembangunan ketamadunan yang lebih baik, lebih moden, dilihat epitome dan perlambangan tentang bermulanya episod keadilan terhadap masyarakat borjuis?

Saya berdoa, semoga penyakit ini segera dirawat dan diubati. Kehidupan dunia ini sekadar jambatan. Semoga kita dapat menyeberanginya dengan kejayaan kelak -- bersama-sama.

Mudah-mudahan Ramadhan kali ini tidak sia-sia; seperti yang telah kita sia-siakan seperti tahun-tahun lalu.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-52146375962867908992016-05-29T09:09:00.001+08:002016-05-29T09:09:12.249+08:00Pucuk Yang Menurut Cahaya
Pernah fikir tentang manusia yang sangat baik terhadap manusia yang lain, tetapi lalai pada tanggungjawab terhadap Pencipta? Apa saja permintaan manusia, segera diusahakan dan ditunaikan, tetapi apabila hal berkaitan tugasnya sebagai hamba Allah, dilengah-lengahkan dan ada yang sengaja tidak dilakukan. Malah, ada juga yang sering memberi alasan dan menguatkan dengan hujah-hujah tertentu.

"Tapi, saya selalu tengok dia suka sangat dan rajin tolong orang. Baik sangat walaupun dia tak solat. Walaupun dia tak menutup aurat."

Nah, begitu kan?

Percaya atau tidak, hakikat sebenarnya tetap akan ada secebis rasa dalam hati dan jiwa kita untuk tunduk, patuh, taat dan sayang terhadap Pencipta. Ini kerana hati kita ini dianugerahkan rasa kasih dan sayang terhadap makhluk yang dicipta. Mustahil rasa kasih dan sayang itu tidak wujud kepada Pencipta. Mustahil.

Antara lain, kita sudah dibiasakan dengan berbudaya menurut apa yang telah menjadi tabiat kita. Pada mata manusia lain, apabila berlakunya perubahan, pasti akan ada yang secara automatik berteriak seolah-olah kembali kepada fitrah itu sesuatu yang ganjil dan aneh. Walhal, hakikat untuk bertaubat dan kembali taat kepada Allah itu telah lama dilakukan sejak zaman Nabi Adam dahulu lagi setelah diturunkan ke dunia. Ia telah menjadi resam kepada kita, cuma mungkin kita seketika terlupa akan sejarah tersebut. Maka, siapakah pula yang ganjil dan aneh tidak mahu kembali kepada fitrah?

Mungkin juga hal ini disebabkan rasa malu. Malu untuk mula bertaubat. Segan untuk belajar solat. Silu untuk berjinak-jinak menutup aurat. Bimbang dihambur dengan reaksi yang pelbagai oleh masyarakat. Risau tindakannya itu mengundang respons yang negatif dan direndah-remehkan.

Hakikatnya, kita sendiri lebih maklum akan diri kita. Kalau dah kita ini orangnya gemar berbuat kebaikan, nyatalah kita juga suka kepada Yang Mencipta peluang berbuat kebaikan dan Yang Memberi hati yang baik.

Pucuk yang baik sentiasa mengekori cahaya yang menerangi. Pohonnya subur, rendang merimbun saban hari. Sangat tidak normal sebentar pucuknya ke arah cahaya, seketika menjauhinya pula.

Begitu juga kita. Hati yang baik yang sentiasa ingin berbuat baik, sangat tidak normal untuk berpaling daripada Yang Menganugerahkan rasa seronok berbuat baik itu sendiri.

Semoga Allah kurniakan kita hati yang ikhlas berbuat kebaikan serta tetap dan teguh pada ketaatan terhadap Yang Maha Mengurniakan.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-79656715151257546792016-05-12T18:19:00.001+08:002016-05-12T18:19:13.765+08:00Sanah Helwah Zawjah
Sedang dia mengunyah usia,

Ada lelah yang didiamkan,

Ada penat yang disepikan,

Ada sakit yang disunyikan,

Ada sedih yang dilalaikan,

Senyumnya lebih indah dari bulan terang,

Sepertinya aku tak dipeluk kegelapan lagi,

Kalau Tuhan tanyakan aku;

apa mahuku di hati,

Mahligai buatnya di syurga nanti.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-62131914794124522402016-04-22T15:00:00.001+08:002016-04-22T15:00:40.558+08:00Memujuk Hati Si Pencari Rumahtangga Sempurna
Mungkin betul tugasan suami itu perlu kepada mencari nafkhah, mengemas rumah, memasak, mencuci pakaian, mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Itulah yang dikongsi ramai perempuan (baca : kebanyakannya bujang lagi) sehingga seakan-akan segala tugasan rumahtangga itu diletakkan sepenuhnya di bahu suami.

Ini bukan penulisan nak mencari siapa betul siapa salah atau amanah dan tanggungjawab itu milik siapa.

Begini adik-adik, boleh jamin adik-adik mampu memenuhi kehendak suami seperti isteri-isteri Rasulullah? Maksud saya, sehingga tidak hilang rasa redha atau suami berkecil hati terhadap anda? Boleh berhujah depan Allah kelak bahawa adik-adik semaksima mungkin telah menjaga keperluan suami sehingga suami tidak ada secebis rasa tidak puas hati sedikit pun?

Atau mungkin adik-adik dapat mendidik anak-anak kelak sehingga cemerlang membataskan perkara yang benar dan bathil yang boleh dijadikan panduan dan pedoman buat mereka melayari kehidupan dewasa kelak? Mampukah adik-adik berhujah depan Allah kelak bahawa adik-adik telah melaksanakan tuntutan mendidik itu sehingga tidak ada lagi keperluan mempelajarinya di sekolah?

Benar, suami perlu terlebih dahulu mendidik isteri. Jika tak mampu, benarkan dan bantu isteri mendapatkan ilmu di luar.

Sebab dunia ini sifatnya tidak sempurna, maka berkongsilah tanggungjawab bersama. Kan baik rumahtangga diuruskan secara kebersamaan dan sebagai satu pasukan?

Kalau dengan Allah kita selesaikan perkara fardhu dan menambah dengan perkara sunat demi memperoleh redha, kenapa tidak kita usahakan hal yang sama terhadap suami? Janganlah berkira, buat sama-sama. Takkan nak masuk syurga seorang diri, kan?

Pesanan juga buat suami, usahakan yang lebih juga buat membantu isteri. Cari ilmu dan dekatkan diri dengan tuhan. Cinta kepada Allah Yang Agung perlu kepada mencintai keluarga secara istimewa.

Jom pimpin tangan dan bersama-sama ke syurga.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-64357421380601407352016-02-07T12:50:00.001+08:002016-02-07T12:50:00.997+08:00
Kita tak perlu percutian yang mahal,

Cukup sekadar melihat syurga dunia yang Allah pinjamkan.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-25823100559191382302016-02-02T16:44:00.001+08:002016-02-07T12:51:09.104+08:00Tenang Yang Nikmat
Lebih tenang jika tidak membandingkan nikmat yang diperoleh orang lain. Kita ada rezeki Allah yang tersendiri dan istimewa.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-47800028263210905752015-12-24T07:08:00.001+08:002015-12-24T07:08:21.843+08:00Pemuka Neraka
Ia tentang sekarang yang hilang,

Perlahan-lahan ditelan kenangan,

Kesempatan berfikir yang dipetak-kotak,

Keberanian yang dipijak-injak,

Kebenaran yang ditabrak-lantak,

Sedang isi nikmatnya licin dibantai habis para pemuka,

Tinggal untuk kita hanya sisa,

Hampas lumat yang tidak berupa,

Pada hujung kelaparan yang membuas,

Kita dipaksa mencicip lebihan pati sari,

Buat kelangsungan hidup,

Atas hati yang lama mati.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-74929494177547709072015-12-16T06:37:00.001+08:002015-12-16T06:37:11.821+08:00
Sukar menjadi seorang perfectionist.

Kebanyakan masa kau akan bergaduh dengan kesempurnaan.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-21520172962086480132015-02-10T11:24:00.000+08:002015-02-10T11:24:39.666+08:00LenaSibuk benar kita,
Mentelaah dunia dari kaca mata seorang manusia,
Sampai kita lupa,
Hakikat kembara seorang hamba;

yang Allah cipta menjadi manusia,

punya mata yang lena dan jarang berkaca.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-8406811820187268222014-11-07T10:06:00.001+08:002014-11-07T10:06:13.673+08:00Setelah Kabus Berlalu, Pasti Cerah KembaliTidak pernah ada satu jiwa pun yang terlepas dari diuji dengan perasaan terhiris, pedih, sakit dan perit akibat kehilangan, kehancuran, kegagalan atau pun kesedihan. Dengan erti kata lain; punah, luluh dan berserpihan. Ia tidak diukur dari segi realiti secara mata kasar, tetapi oleh perasaan remuk-rendam yang merekah-terbelah. Umpama tiang-tiang yang tegap didirikan mula mengalami keretakan semasa menyokong struktur yang memayungi, hingga akhirnya runtuh menyembah bumi akan binaan yang pernah dirasakan selamat dan sentosa ketika kita berlindung di bawahnya. Perasaan sakit itu normal. Rasa gagal, dan digagalkan. Rasa hancur, dan dihancurkan. Hanya, yang membezakan kita semua ialah cara menangani keadaan, membelai perasaan dan bagaimana mahu menyelamatkan diri sewaktu serpihan itu gugur satu persatu .

Kegagalan sewaktu melintasi dunia ini punya pelbagai kategori. Mungkin dari segi pelajaran, kerjaya, hubungan, cita-cita dan impian, dan sebagainya. Ternyata ujian yang paling berat dihadapi oleh seseorang itu ialah ketidakmampuan mempersiapkan diri jika dilanda sesuatu yang tidak pernah terjangkau akal. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tempohari antara mereka yang diuji Allah S.W.T dengan perubahan perancangan secara mendadak. Pasti setiap mereka telah bersedia menghadapi peperiksaan tersebut dari segi mental dan fizikal pada awalnya. Namun, insiden kebocoran soalan yang telah berlaku itu bagaikan meragut perancangan asal mereka secara mengejut. Tidak sekali, malah beberapa kertas soalan juga turut dilaporkan tidak sulit lagi.

Kejadian ini secara tidak langsung memungkinkan pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan itu berasa runsing dan momentum persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan pasti telah jatuh secara drastik. Adakah kita yakin jika mereka menjawab kertas soalan gantian yang disediakan pada tarikh yang lain, persediaan mereka adalah sama dengan keadaan mereka awal-awal dahulu? Bagaimana pula hendak diukur tahap kecekapan mereka jika kesediaan mereka tidak lagi di tahap optimum?

Tambah mendukacitakan, dengan usia yang masih muda dan mentah, mereka terpaksa mengharungi ujian atau percaturan masa dan keadaan yang gagal dengan kekuatan mental mereka sendiri. Kekuatan apakah yang Allah anugerahkan kepada mereka untuk terus bertabah hati menerima ketentuan sedemikian dan masih mampu mengukir senyuman dalam menghadapi ujian ketika ditemuramah wartawan berita televisyen?

Firman Allah S.W.T :

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." [Al Hadid:22]

Benar, bukan? Setiap apa saja kejadian yang menimpa diri kita, hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui. Bermula celiknya mata hingga tertutup setiap pancaindera, segala-galanya telah diaturkan Allah S.W.T dengan cara yang amat berseni serta penuh kehalusan tanpa kita sedari. Pada ketika kita sedang diulit lena, degupan jantung kita tidak dikawal oleh tubuh kita secara sedar. Semasa memerlukan, kerdipan mata kita terkatup dan terbuka secara automatik tanpa perlu diberi arahan. Struktur hidung yang dipayungi kedua-dua lubangnya serta trajektorinya yang menghala ke bawah memungkinkan kita untuk selesa bernafas tanpa perlu menakung air hujan. Capang telinga yang dibentuk sempurna bertujuan untuk memerangkap bunyi bagi faedah pendengaran yang lebih persis dan jitu. Hanya Dia lebih tahu tentang kebaikan atau keburukan sesuatu perkara itu berkadar langsung dengan sifat fizikal diri kita.

Dia yang menjadikan sesuatu itu dan hanya Dia yang berhak menentukan. Jika Allah S.W.T sengaja mencipta kesusahan untuk kita tanpa sebarang sebab atau semata-mata kerana suka-suka, di manakah pula sifat Maha Bijaksana dan Maha Pengasih serta Maha Penyayang yang Allah S.W.T miliki? Cukuplah kita yang lemah ini untuk akur dan mengaku akan limitasi yang terdapat pada diri kita kerana setiap apa yang Allah kurniakan ternyata ada batasan, termasuk kehebatan akal yang sering kita agung-agungkan.

Dr. Muhammad ‘Abd Al-Rahaman Al-‘Arifi mencatat tentang kisah Doktor ‘Abdullah di dalam buku karangan beliau yang bertajuk “Enjoy Your Life”. Doktor ‘Abdullah yang berusia 50 tahun juga manusia normal seperti kita, ada hati dan perasaan serta kedua-dua biji mata dengan fungsi asas mengalirkan air mata ketika bersedih hati. Pada satu hari, doktor tersebut terikat dengan komitmennya di sebuah universiti ketika kesemua ahli keluarganya pergi ke majlis perkahwinan di bandar berhampiran. Takdir Allah, kesemua sebelas ahli

keluarga doktor tersebut mengalami kemalangan jiwa semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tidak ada seorang pun yang terselamat dalam kemalangan tersebut. Ketika beliau mendengar perkhabaran sedih itu, beliau hanya berdoa untuk mereka dan mengebumikan mereka dengan kudratnya sendiri, kesemua sebelas orang. Sebagai seorang manusia yang normal, doktor tersebut sangat berdukacita. Pulang ke rumah, beliau bersendirian. Hari-hari yang dilaluinya tiada lagi hiruk pikuk, hilai tawa, dan senda gurau. Sunyi dan sepi merajai suasana di rumahnya. Sesekali beliau melangkah menghampiri mainan milik Khulud dan Sarah yang tidak disentuh sejak kejadian tersebut. Beliau juga mula tidur bersendirian tanpa ditemani Umm Salih, isteri yang sangat beliau kasihi. Kadangkala, beliau hanya memerhatikan basikal kepunyaan Yasir yang tidak berganjak dari kedudukan asalnya.

Ada waktunya beliau masuk ke kamar anak perempuan sulungnya. Beg dan pakaian anaknya itu masih terletak kemas di atas katil. Mereka yang berkunjung dengan tujuan berziarah terpaksa membawa kopi bersama kerana tiada sesiapa lagi yang ada di sisi doktor tersebut untuk membantu menyediakan apa-apa hidangan atau juadah untuk dijamu kepada para tetamu. Entah dari mana datangnya kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang dipinjamkan Allah S.W.T kepada Doktor ‘Abdullah, seolah-olah kita melihat bukan beliau yang layak menerima ucapan takziah dari tetamu, tetapi seakan-akan orang lain yang bernasib malang ditimpa tragedi yang menyayat hati itu. Tidak pernah lekang dari bibir Doktor ‘Abdullah mengungkapkan lafaz “sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 156]

Menurut Dr. Muhammad ‘Abd Al-Rahaman Al-‘Arifi, inilah puncak kepada ketinggian kebijaksaan dalam menghadapi sebarang musibah atau belasungkawa. Jika tidak, menurut beliau, pastilah Doktor ‘Abdullah akhirnya akan mati dalam ratapan. Dr. Muhammad ‘Abd Al-Rahaman Al-‘Arifi mengakhiri kisah dengan kata-kata, “If you do not carry the burdens yourself, who will?”

Tidak semua manusia yang mengalami kehancuran itu akhirnya akan terus tenggelam dengan kegagalan selama-lamanya. Contoh yang paling rapat dengan kita ialah Rasulullah sendiri yang pernah ‘jatuh’ dan terlalu berdukacita. Sukar bagi kita untuk menelan kepahitan seperti yang pernah Baginda rasakan. Bayangkan kepiluan yang dialami Baginda saat kehilangan kedua-dua insan yang tersayang dan sangat rapat dalam sekelip mata. Ada pendapat mengatakan selang beberapa hari, ada juga pendapat yang menyatakan beberapa bulan. Lubang-lubang pada hati Baginda tatkala kehilangan kedua-dua insan penting dalam hidup Baginda pula diisi dengan perlakuan zalim kaum Baginda sendiri yang semakin mengganas, malah berani menyakiti Baginda secara terbuka. Jika disakiti dahulu, Abu Talib bingkas membantu Baginda, tetapi masa itu Abu Talib sudah tidak lagi ada di sisi Baginda. Jika dahulu Saidatina Khadijah ada dengan ukiran senyuman penuh kemesraan dan kesetiaan sebagai isteri, namun Saidatina Khadijah sudah tidak lagi dapat menuntun dan memujuk hati Baginda ketika itu. Maka Rasulullah S.A.W pun keluar ke Tha’if dengan harapan untuk menyampaikan dakwah serta berusaha mendapatkan pertolongan bagi menghadapi ancaman kaum Quraisy yang semakin mencengkam. Malangnya, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah Rasulullah tidak dibantu, malah masyarakat Tha’if pula yang berlebih-lebihan menyakiti Baginda. Malah, lebih teruk dari apa yang pernah dilakukan orang-orang Quraisy.

Namun, kesedihan seumpama ini tidak langsung melemahkan semangat Baginda atau menggoncangkan keyakinan Baginda. Bahkan hal seperti itu pula yang telah menjadikan Baginda lebih kuat dan tabah menghadapi segala macam kesukaran dan meranduk pelbagai rintangan, serta merempuh onak dan duri dalam menobatkan Islam sebagai ajaran yang benar merentasi dunia. Nah, Allah sebenarnya telah pun berbicara dengan kita dengan menjadikan Baginda sebagai bukti yang asli, sangat jelas dan nyata, bukan?

Kata-kata berbentuk motivasi yang sangat masyhur dan sering diungkapkan berulang kali oleh rata-rata masyarakat di barat ialah ‘rise from the ashes’. Mereka begitu bersemangat melafazkan kata-kata tersebut sehingga dijadikan dialog dalam sebuah filem yang dibintangi pelakon terkenal, Matthew McConaughey yang bertajuk ‘We Are Marshall’.

Diadaptasi dari kisah benar yang berlaku pada bulan November tahun 1970, tatkala sejumlah besar pemain dan jurulatih ‘American Football’ bagi pasukan Marshall University terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas. Insiden itu bagaikan telah merentap semangat dan memadam semua impian pelajar-pelajar, ibu bapa, penyokong setia pasukan serta penduduk-penduduk di situ terhadap masa depan pasukan football kegemaran mereka. Mereka mula kehilangan arah tuju dan hampir setiap masa meratapi kehilangan mangsa-mangsa pesawat yang telah terhempas itu. Setiap inci lokasi tidak kira di mana jua kawasan sekitar bandar tersebut yang dijengah, pasti akan menggamit memori dan hanya akan membangkitkan perasaan sedih dan pilu.

Kehilangan yang sebegini besar turut sama dikongsi oleh seorang pemain pasukan itu, Nate Ruffin yang secara kebetulannya tidak menaiki pesawat gara-gara tidak sihat. Kehadiran seorang jurulatih, Jack Lengyel kemudiannya seakan memberi satu sinar baru kepada mereka. Jack beranggapan bahawa perkara-perkara silam hanya layak diabadikan dan bukannya diratapi. Beliau tidak berputus asa menaikkan semangat waris-waris mangsa dan meyakinkan mereka bahawa tragedi yang telah berlaku itu bukannya satu pengakhiran, tetapi titik permulaan. Bermula dengan kesungguhan mengetuai mereka menghantar satu gesaan berbentuk petisyen menuntut agar pelajar-pelajar ‘freshmen’ diberi kebenaran oleh pihak NCAA untuk bermain, memulakan sesi mencari pemain-pemain baru di kalangan pemain-pemain baseball dan lain-lain lapangan sukan bagi menganggotai pasukan hingga tertubuhnya pasukan football yang baru menggantikan pasukan lama yang telah sedia terkubur dalam lipatan sejarah duka bandar mereka.

Dalam mengharungi musim baru yang diselubungi aura kepiluan, mereka mengorak langkah ke hadapan setelah bersedia menerima kenyataan pahit itu lalu mengukir detik kegemilangan sehingga tercatat dalam sejarah bahawa Marshall University akhirnya berjaya memberi kejutan dengan memenangi perlawanan pada tahun 1971 sekalipun beraksi dengan ahli-ahli pasukan yang baru dilatih dan amatur dalam kejohanan liga NCAA yang dipenuhi pasukan-pasukan lain yang lebih berpengalaman serta profesional. Kejayaan mereka dikagumi ramai kerana persiapan mereka hanya dalam tempoh yang singkat.

Melalui cerita-cerita yang telah dikongsikan, terdapat beberapa faktor jika dikaji secara mendalam dan meluas, akan memberikan serba sedikit lonjakan tentang bagaimana untuk mencetuskan sesuatu perubahan yang baru dengan berusaha mendidik hati menerima qada dan qadar Allah S.W.T, memujuk diri untuk bersabar dan meneruskan kehidupan dengan berdikit-dikit meninggalkan luka dan derita lama.

“Seseorang menerima cubaan diukur dengan keimanannya. Jika tahap keimanannya kuat, maka cubaannya akan bertambah.”

[(Hadis Riwayat ad-Darimi]

Sorotan sejarah lalu membuktikan, perkara pokok yang ditanam pada masyarakat Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W ialah kecekalan yang dimiliki berasaskan keimanan yang jitu dan tidak berbelah bahagi terhadap Allah S.W.T. Kekuatan ini memberikan jalinan yang kukuh dan keyakinan di tahap maksimum terhadap apa jua halangan dan rintangan yang dihadapi masyarakat ketika itu. Faktor ini membolehkan mereka mentarbiyah hati dengan hanya mengharapkan kebaikan pada setiap takdir dan ketentuan Allah S.W.T .

Kekuatan kedua yang mereka miliki ialah kepercayaan yang mantap dan keimanan yang unggul terhadap janji Allah S.W.T tentang Hari Akhirat. Para sahabat sentiasa menganyam detik-detik kehidupan mereka antara rasa takut dan mengharap hingga menjadikan permaidani kehidupan mereka terbentang indah dengan sentosa, selamat, dan rasa cukup. Keindahan hidup mereka di dunia hanya disifatkan sekadar perhentian semata-mata. Justeru, kelelahan mengejar dunia hanya sekadarnya dan lebih berkiblatkan akhirat.

Pengakhiran yang sentiasa berlegar di minda mereka adalah sama ada kenikmatan di syurga kelak yang sabar menanti atau kedahsyatan azab yang menjerut di neraka. Keyakinan bahawa dunia ini hanya sekadar medan ujian yang sementara menjadi penawar yang cukup mujarab sekaligus melegakan kesakitan, meringankan bebanan dan memulihkan penderitaan yang ditanggung. Kenikmatan dunia pada hati mereka tidak akan sama nilainya walau seberat sayap nyamuk sekalipun jika dibandingkan dengan kenikmatan yang sedia menanti di akhirat nanti.

Tidak kira apa juga keadaan, sama ada kehilangan, kegagalan, kehancuran atau apa saja, tetap akan ada juga satu faktor kebangkitan atau cetusan aura positif yang akan membimbing dan memapah kita mengharungi hari-hari mendatang. Itu merupakan satu sebab utama yang mampu mengubah lombong asal yang negatif kepada taman-taman positif secara total. Kewujudan percikan seperti ini sebenarnya setiap hari berlaku cuma kita yang terlalu alpa untuk menyedarinya. Menelusuri sejarah membuktikan bahawa, senantiasa akan ada pihak atau orang perseorangan yang akan dihadirkan dengan keizinan Allah S.W.T bagi membantu ketika kita dalam kesusahan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kesungguhan untuk membantu dipandu rasa kasih sayang ini diterjemahkan oleh sahabat Rasulullah S.A.W bernama Talhah bin ‘Ubaydullah dan Sa’ad bin Abi Waqqas. Ketika barisan mujahidin sedang dalam keadaan kucar kacir sewaktu Perang Uhud, puak musyrikin pantas mengambil peluang untuk mengkeronyok lalu membunuh Rasulullah S.A.W. Sehingga diperihalkan bahawa manik-manik baju besi Rasulullah S.A.W menikam pipi Baginda dan kecederaan Baginda sangat parah. Ditakdirkan Allah, Talhah bin ‘Ubaydullah dan Sa’ad bin Abi Waqqas muncul membantu dengan keperwiraan luar biasa membentengi Rasulullah S.A.W dari terus diserang puak musyrikin. (rujuk Kitab Sirah Nabawiyah)

Menurut kitab al-Iklil, al-Hakim meriwayatkan Talhah mengalami tiga puluh enam atau tiga puluh lima luka dan jari-jarinya pula putus terpenggal iaitu jari telunjuk dan yang

berikutnya (Fath al-Bari, 7/361). Menurut riwayat Al-Tirmidhi, “Siapa yang mahu melihat seorang syahid yang masih berjalan di atas muka bumi ini, maka lihatlah kepada Talhah bin ‘Ubaydullah” (Mishkah al-Masabih, 2/566, Ibn Hisham, 2/86).

Begitulah bersungguhnya Talhah bin ‘Ubaydullah dalam misi bantuannya kepada Rasulullah S.A.W yang sedang menghadapi musuh hingga sanggup mempertaruhkan nyawa beliau sendiri. Ternyata, Allah tidak akan membenarkan kita menanggung kesukaran yang tidak mampu ditanggung. Pasti Allah akan meringankan beban yang memberat di pundak kita dengan melebarkan bantuan seperti hadirnya Talhah bin ‘Ubaydullah dan Sa’ad bin Abi Waqqas.

Ketokohan para anbiya mendidik kita tentang erti sabar juga pernah dijelmakan oleh Nabi Yusuf a.s dan Nabi Ayub a.s. Bermula dengan dizalimi oleh perasaan iri hati dan sifat dengki adik beradik, perpisahan dengan ahli keluarga hingga terheret Nabi Yusuf a.s ke penjara gara-gara dianiaya. Kesabaran Nabi Yusuf a.s seakan-akan tidak ada batasannya. Tidak sama sekali Nabi Yusuf a.s mengeluh atau menyalahkan keadaan. Tidak pernah Nabi Yusuf a.s meledakkan amarah sebagai medium utama rasa berontaknya kepada ketidakadilan yang diperlakukan terhadapnya. Hebatnya Nabi Yusuf a.s sentiasa tenang menguasai keadaan dan berbaik-sangka memikirkan akan hikmah dan kebaikan yang ditakdirkan Allah kepadanya.

Setiap keadaan bagaikan satu anjakan kepada satu perkara baik yang lain, walau hakikatnya kelihatan seperti jurang keburukan yang sangat dalam. Berbekalkan sifat optimis seperti itu, Nabi Yusuf a.s mendidik kita supaya terus mengharapkan bantuan Allah S.W.T tidak kira apa jua keadaannya dan hanya berserah bulat-bulat kepada Allah S.W.T jika sudah habis usaha atau menemui jalan buntu.

“Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” [Yusuf : 90]

Ujian datang pula kepada Nabi Ayub a.s dalam versi yang tersendiri. Memiliki sebuah keluarga yang kelihatan sempurna bertukar pincang lalu tumbang. Allah S.W.T bertindak menarik pemberian-Nya dengan menyusutkan kekayaan yang dimiliki Nabi Ayub a.s sekaligus hingga lesap tanpa kesan. Semakin menyesakkan jiwa tatkala anak-anak yang dikasihi dan ditatang sepenuh hati pula meninggalkan Nabi Ayub a.s dan isteri seorang demi seorang. Pada masa kejatuhan ekonomi keluarga ke tahap kronik dibelit pula emosi pasangan yang kehilangan permata-permata hati, Nabi Ayub a.s langsung jatuh sakit dengan tidak semena-mena.

Hanya hati dan lisan Nabi Ayub a.s sahaja yang tidak terkesan. Dengan anggota yang masih berbaki itulah juga Nabi Ayub a.s bermunajat dan tidak henti-henti mengalunkan zikir memuji kebesaran Allah S.W.T sekalipun diserang kesakitan yang menyengat dan menggigit. Tidak sekadar itu, masyarakat sekeliling turut disesakkan dengan aroma yang kurang enak timbul dari batang tubuh Nabi Ayub a.s. Kerana tidak lagi tahan menanggung bau yang memenuhi rongga pernafasan mereka, maka mereka sepakat mengusir Nabi Ayub a.s.

Ujian demi ujian singgah dan menetap di sisi Nabi Ayub a.s. Namun, semangatnya jelas tidak goyah. Kepada Allah S.W.T masih dipanjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan pemberian-Nya yang telah dinikmati lama dahulu. Tidak ada butir-butir bicara kasar atau keluhan yang dilemparkan, hanya kesabaran yang tinggi yang dimiliki Nabi Ayub a.s mendorongnya untuk terus melafazkan zikrullah dan bermohon untuk terus bertabah hati. Mujurlah Nabi Ayub a.s ditemani isteri yang tercinta yang tidak pernah pudar rasa kasih dan sayang terhadapnya walaupun diasak dengan rantaian nasib yang tidak menyebelahi mereka.

Jika dulu isterinya memiliki harta dan keturunan, kini semuanya telah lenyap dan hanya tinggal Nabi Ayub a.s yang menderita kesakitan. Tugasnya sebagai isteri tetap diteruskan seikhlas hati. Langsung tidak ada perasaan benci dan jelek terhadap suaminya yang dikasihi. Segala keperluan dan kehendak suaminya disiapkan tanpa sebarang kekurangan. Berkat ketabahan pasangan ini dan kesabaran yang tinggi, maka Allah S.W.T pun mengakhiri penderitaan Nabi Ayub a.s dan isterinya.

Nabi Ayub a.s kemudian pulih seperti sediakala. Pasangan tersebut dilimpahi Allah S.W.T dengan harta dan dianugerahkan zuriat sebagai pewaris kepada kedua-duanya. Ketika diuji Allah S.W.T mereka tetap bersabar, dan setelah diberi segalanya kembali mereka menambahkan rasa kesyukuran.

Allah swt berfirman :

“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.”

[Surah al-Anfal : 28]

Biar jutaan cabang usaha yang telah dilakukan, pasti kekacauan jiwa akan berputik kembali jika tidak diuruskan dengan baik pada awalnya. Titik mula kepada gerakan pemulihan ini harus bermula dengan menerima kenyataan bahawa takdir itu telah pun mengambil tempatnya dalam roda kehidupan kita. Mahu tidak mahu, ia telah pun berlaku dan tidak akan dapat dipadamkan dari kotak memori atau catatan pengalaman. Tidak akan ada butang ‘delete’atau kaedah ‘formatting’ dalam meneruskan baki kehidupan. Maka, amat mustahak untuk mempelajari dan terus belajar menerima kenyataan.

Benar, ia pasti sangat sukar untuk dilakukan. Ambil pendekatan begini, secara ringkasnya, setiap apa yang kita miliki itu semata-mata pinjaman dari Allah S.W.T. Kita lahir tanpa apa-apa. Tanpa kepingan ringgit, tanpa pakaian berjenama, tanpa harta, tanpa segala-gala. Hanya belas kasihan Allah S.W.T yang memberikan kita permulaan yang baik dengan pernafasan, teriak serta tangisan. Itu pun ada sebilangan manusia yang tidak dipanjangkan tempoh pinjaman oleh Allah S.W.T hingga akhir hayat mereka atau barangkali lebih tepat lagi oksigen yang dikasihankan cuma berhasil beberapa detik sahaja untuk dinikmati. Kemudian baru kita dikelilingi ahli keluarga dengan senyuman yang melebar buat pinjaman untuk mengisi kekosongan dan melunaskan fitrah kejadian manusia.

Hakikat yang benar dan akan terus benar ialah; kita ini selamanya kepunyaan Yang Maha Esa dan semua yang kita miliki saat ini hanya berupa pinjaman yang bakal kita pulangkan satu masa kelak. Jadi, jangan mudah mendabik dada mengatakan soal ketidakadilan, kesaksamaan atau menongkah ketentuan Allah S.W.T tentang hak. Seperti mana tempoh pajakan tanah yang diizinkan tuan tanah, akan ada satu jelang masa tanah itu akan pulang juga ke tangan pemiliknya. Kita hanya diamanahkan untuk menjaga dan mengguna-pakai mengikut syarat yang telah ditetapkan tanpa ada pertukaran nama pada catatan dokumen yang telah dipersetujui. Sebarang kerosakan atau kebinasaan yang berlaku, kita yang akan dipertanggungjawabkan sesuai dengan kadar kuasa pada tangan kita.

Oleh hal yang demikian, pemahaman tentang hakikat pinjaman perlu berterusan supaya kesedaran tidak akan pernah lalai atau ketiduran. Teruskan istiqamah untuk belajar menerima kenyataan. Terkadang ia pahit, tetapi kepahitan itu akan menjadi rasa yang unggul andai digandingkan dengan pengalaman yang terhidang dalam kehidupan.

Setelah tamat kursus penerimaan kenyataan dan hakikat, kelas berikutnya memerlukan disiplin yang tinggi dan fokus yang tidak berbelah bahagi. Kelas ini adalah lanjutan kepada pengisian ruang-ruang kosong yang telah ditinggalkan oleh pinjaman-pinjaman yang dikreditkan Allah S.W.T. Dengan misi untuk memenuhkan semula struktur hati dan jiwa serta memastikan fungsinya berjalan dengan baik, maka kelas ini mempergiatkan kaedah ibadah dengan penuh keikhlasan kepada Yang Maha Memberi. Setiap ciptaan didatangkan dengan manual penggunaan. Manusia pula dicipta bersama manual yang bernama ‘Al-Quran’.

Apa sahaja kerosakan, penyelenggaraan, keperluan optimum mahupun diagram keseluruhan tubuh badan, ada dicacah pada Al-Quran. Panduan hidup yang paling lengkap untuk dinobatkan dan sangat berguna ketika dalam kecemasan. Maka, disarankan agar kita sentiasa dilengkapkan dengan ilmu yang terdapat di dalamnya serta menyempurnakan keilmuan itu dengan penghayatan melalui amalan serta ibadah. Ambil ibadah solat sebagai contoh. Secara tidak langsung, ibadah solat mendidik kita untuk menjadi seorang manusia yang sangat menghormati masa ketika azan berkumandang, melatih diri berdisiplin menyempurnakan lima solat wajib, merantai diri untuk patuh kepada ketua (imam) atau berkeupayaan memikul tanggungjawab sekiranya dilantik menjadi imam.

Sungguh pun ibadah solat kelihatan remeh dan tidak banyak pengertian secara zahiriah, tetapi ruh yang terdapat dalam pengabdian yang seketika itu membawa maksud yang sangat mendalam jika dimanfaatkan setiap satu rukunnya. Melalui sujud, kita belajar tentang erti penyerahan dan ketundukan kepada kekuasaan yang dimiliki Allah S.W.T dan mengakui tentang keESAan Allah S.W.T. Secara tidak langsung, dahi yang berada di puncak tubuh terpaksa kita rendahkan hingga separas dengan kaki yang sepanjang masa memijak asas yang berada terpaling bawah. Pengakuan seperti ini secara simboliknya membuktikan bahawa kita ini bukan siapa-siapa dan kekuasaan yang dipinjamkan Allah ini sentiasa ada batasnya.

Melalui penghayatan butir-butir lafaz yang indah serta kalimah-kalimah mulia yang dialunkan pula menyeru hati kepada ketenangan secara holistik. Pernah dijalankan kajian di sebuah universiti tentang perkaitan zikir, hati dan perbuatan. Kumpulan sasaran yang dikaji ketika itu ialah sekumpulan perokok tegar. Menurut dapatan kajiselidik yang diperolehi, kebanyakan perokok menjadikan punca stress dan tekanan jiwa sebagai asbab utama aktiviti negatif mereka itu. Menurut mereka, ketenangan yang diraih melalui rokok sedikit sebanyak membantu meloloskan diri dari terpenjara oleh sangkar kecelaruan minda dan keserabutan jiwa yang bergumpal. Melalui terapi zikir yang diadakan, perubahan terhadap kumpulan perokok tegar tersebut mula menampakkan hasil. Pengurangan kadar hisapan rokok dalam sehari semakin menunjukkan penurunan yang sangat menggalakkan. Kaedah ini juga dikatakan para peserta selain memberi ketenangan dan rasa tenteram, ia juga dapat meningkatkan tahap kesungguhan mereka untuk mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang lain seperti membaca Al-Quran dan bersolat sunat.

Benarlah firman Allah S.W.T :

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

[Al-Ra’d : 28]

Sahabat bagi manusia ialah ilmu, dan seteru yang paling berkuasa ialah kejahilan. Setelah melakukan kesemua perkara yang disebutkan, akan timbul perasaan mahu mengisi kekosongan yang pernah hilang itu dengan sesuatu yang baru. Tindakan yang paling baik ialah menghampirkan diri dengan taman-taman syurga, iaitu tempat-tempat ilmu disampaikan. Orang yang beramal dengan ilmu tidak akan pernah berasa kesunyian dan kesepian. Hidup mereka sentiasa dipenuhi keghairahan untuk mengetahui perkara-perkara yang tidak pernah diketahui dan keseluruhan masa mereka sentiasa dilaburkan dengan pengisian yang baik.

Cawan yang kosong akan sentiasa mahu minta diisi air. Apabila sudah penuh, limpahan air itu dapat pula dikongsikan kepada cawan-cawan kosong yang lain sehingga tiada lagi cawan-cawan kosong yang memerlukan pengisian. Apabila diri kita sudah penuh, secara tak langsung kita akan menjadi ejen yang menuang dan mencukupkan keperluan orang lain. Menjadi orang yang berilmu akan turut mematangkan fikiran dan tindak tanduk kita akan turut terkawal. Sebarang perlakuan atau tindakan bakal memberi natijah yang sepadan dengannya. Seseorang yang terdidik juga tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata atau memberi respons yang tidak relevan dengan keadaan. Jika diberitakan tentang sesuatu musibah atau bencana yang terjadi, segera dia akan mengingati Allah S.W.T tanpa perlu diperingatkan kerana telah mempelajari bahawa pusingan alam ini tertakluk kepada pentadbiran Allah S.W.T Yang Maha Bijaksana.

Mengikut ilmu saintifik, pelarut yang terbaik adalah dari kumpulan alkohol, antaranya metanol dan etanol. Sebelum melakukan ibadah solat, kita perlu membersihkan diri secara rohani melalui ritual fizikal secara berwudhu’. Penggunaan air mutlak sebagai medium pula sangat bertepatan dengan anjuran sains. Ini kerana, air memiliki sifat pelarut dan keboleh-upayaannya sebagai pelarut universal berupaya melarutkan sebarang bahan asing yang singgah pada kulit kita. Tidak dapat dibayangkan betapa sejuknya serta keterlibatan kos yang tinggi jika kumpulan alkohol digunakan sebagai medium berwudhu’. Sedangkan air mutlak sangat mudah didapati di sekeliling kita. Subhanallah, Maha Bijaksana Allah S.W.T yang mengaturkan perjalanan alam tanpa ada cacat cela dan memberi kemudahan dalam tiap-tiap perkara. Begitulah pentingnya mencari dan mendalami ilmu, supaya kita tidak terjerumus dalam lembah kejahilan. Dengan kejahilan, respons kita terhadap ketentuan yang tidak berpihak kepada kita pasti membangkitkan rasa benci dan marah. Hasilnya, tidak akan ada lagi pemikiran yang disandarkan kepada prinsip ketuhanan. Maka, di mana letaknya ketinggian akal pada rukuk dan sujud kita sehari-hari sebenarnya?

Allah S.W.T tidak menganugerahkan apa yang kita mahu, tetapi Allah menghadiahkan apa yang kita benar-benar perlu. Sangat banyak cerita berkenaan orang ramai yang berhajat kepada orang lain tetapi akhirnya berumahtangga dengan orang lain. Atau cerita tentang kemahuan bermastautin di tempat lain tetapi akhirnya gembira menetap di kawasan lain. Inilah aturan Allah S.W.T. Mencatur kehidupan setiap hamba-hamba-Nya demi kebaikan dan kesejahteraan yang akan diperolehi kemudian hari. Masalah yang sering kita adukan kepada Dia ialah kegelisahan yang kerap bermain di fikiran. Seakan-akan dunia telah pun terberhenti dengan sendirinya atau alam sudah tidak lagi berfungsi pada kadar fitrahnya jika kehendak kita tidak dikabulkan Allah S.W.T atau perjalanan hidup kita tidak berlangsung seperti yang kita harapkan.

Seorang kaya pernah diziarahi ketika ada satu rombongan kariah yang mahu mencari dana bagi pembangunan masjid. Ketika ditemui, orang kaya itu dilihat mengambil satu pil dari poketnya lalu dimakan setelah sumbangan diberikan. Salah seorang dari ahli kariah itu bertanyakan hal tersebut. Kata orang kaya, sudah sepuluh tahun dia mengambil pil tidur tersebut kerana sukar untuk tidur. Sebelum mereka pulang, mereka sempat mendoakan orang kaya tersebut dan berharap agar segalanya akan baik dan tidak ada apa-apa yang serius.

Dalam perjalanan pulang, rombongan tersebut melintasi satu kawasan pembaikian jalan. Keadaan hingar bingar dek deruman enjin generator dan bunyi-bunyian lain benar-benar membingitkan telinga. Ajaibnya, kelihatan seorang lelaki miskin yang menjaga enjin generator itu sedang nyenyak dalam lenanya berbaring di atas beberapa kepingan kertas suratkhabar. Beliau sedikit pun tidak terganggu dengan bunyi bising yang rancak bersahutan, berbanding kehidupan orang kaya yang privasi rumahnya, tetapi sukar untuk melelapkan mata walau dialas dengan tilam yang empuk. Akan tersingkaplah pintu-pintu hikmah kepada mata-mata yang sudi memandang dengan rasa syukur.

Sukar menebak hati manusia. Ambil tangisan sebagai contoh. Label mudah bagi aliran air mata ialah disebabkan kesedihan. Tetapi, keseronokan yang maksima juga mampu memecahkan air mata yang terempang. Contohnya, seorang ibu yang berbangga dengan kejayaan anaknya memiliki segulung ijazah. Selain senyuman, air mata turut dialirkan bersama. Jadi, apa ukuran sebenar sama ada suka atau pun duka?

Kalau dilihat dari kaca mata seorang badut, mungkin kebanyakan kita tidak melihat badut seperti manusia biasa. Dengan solekan tebal dan lucu, perwatakan yang menghiburkan, serta kegembiraan yang dipamerkan, siapa sangka hatinya juga pernah calar balar, luka dan derita? Badut juga ada sisi yang sensitif, mampu menangis, dan murung. Tetapi kerana tugasan sebagai badut, adalah mustahil dan kontra untuk mempertontonkan sisi sebenar kemanusiaannya. Justeru, apa kebaikan yang badut diperolehi dengan berpura-pura seperti itu?

Ada satu video yang dimuatnaik di laman sesawang YouTube yang mencabar ketahanan diri untuk tidak ketawa. Saya sendiri telah pun mencabar diri. Video berdurasi lebih kurang empat minit tanpa sebarang plot yang terlibat. Modal video tersebut hanya memaparkan cara gelak tawa yang pelbagai dari beberapa individu termasuk seorang bayi. Tanpa disedari, saya sendiri tersenyum pada mulanya lantas kemudian tertawa ketika masih menonton video tersebut. Sangat ajaib!

Secara psikologinya, memiliki karekter yang ceria dan menceriakan boleh memantulkan kegembiraan yang terpancar pada orang lain itu, kembali kepada kita. Walau diselimuti kesedihan dan dibaluti kepiluan, usahalah juga walau sekadar mengukir senyuman. Mungkin perkara yang sangat diperlukan orang lain dan mampu mengubah kerengsaan hari itu daripada kita hanyalah satu senyuman. Yakinlah ia sunnah Rasulullah S.A.W yang sangat bernilai dan bermakna untuk diamalkan. Pahala dapat, orang pun hormat.

“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Indahnya menerima suratan takdir dengan kesabaran, ketabahan dan tanpa putus asa kepada Tuhan. Itulah kita, seperti yang pernah diwakilkan dengan keperibadian junjungan besar Rasulullah S.A.W. Dunia hanya sementara, nikmati selagi ada kesempatan. Kabus pagi tidak akan berpanjangan. Setelah kabus berlalu, insyaAllah pasti cerah kembali. Semoga Allah ganjarkan syurga kepada kita semua yang menjalani dunia bermatlamatkan akhirat. Wallahu a’lam.

“The greater the obstacle, the more glory in overcoming it.”

-Moliere-

(penulisan ini khas untuk Saringan 1 PTS bagi pencarian 'Ghost Writer')Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-9546336723866068892014-09-22T10:17:00.003+08:002014-09-22T14:12:49.262+08:00Sekerdip EmbunKalau melihat kepada strukturnya, pasti sudah setingkat melabuhnya sawang blog ini. Bukan dibiarkan, tidak juga tak terjaga. Sepertinya tidak ada kesempatan mengukir kata-kata. Sungguh, ruangan ini terlalu sempit waktunya untuk dihadap. Alasan mudahnya, mengikat abjad di Facebook lebih ringan dan mudah saya rasa. Kehkehkeh.

Lewat semalam, pemerhatian terhadap dunia masih seakan sama. Meningkatnya jurang perbezaan dalam bersepakat, masih wujud manusia-manusia yang enggan bertolak ansur dengan puncak kekuatan, kelemahan yang belum mahu segera diperbaiki dan masih bersisa jiwa-jiwa yang runtuh moral serta kesungguhan untuk terus menatap kehidupan. Segera pagi ini, ketika kopi belum lagi dihirup, serta merta saya me'rajin'kan diri mengetuk papan kekunci.

*hirup kopi secawan*

Rumit.

Kaedahnya pasti begitu.

Memikirkan perihal masalah dunia walaupun kita ada solusi kepada setiap satunya, tapi tidak ada daya serta kemampuan untuk mengubah apa-apa. Dari segi apa pun, ternyata kemampuan kita jelas terbatas. Atau dibataskan oleh mereka yang ada kemampuan. Itulah yang sangat meletihkan. Digagalkan oleh tangan-tangan ghaib entah dari mana datangnya.

Hidup ini ujian.
Selamanya sebegitu.
Dan akan terus kekal begitu.

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Maka, bersabarlah.

Akan ada sinar kembali setelah kabus pagi berlalu.

Kebuntuan hadir hanya seketika. Seperti titisan embun pagi sebelum diangkat ke angkasa.

Sabar. Doa. Tunggu.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-15512397792205514012014-01-21T12:25:00.001+08:002014-01-21T12:25:20.859+08:00Cinta; Retorika Atau Matlamat Penuh Rahsia?Menjadi satu perkara yang normal bagi seseorang perempuan berperasaan untuk terus berkepit dengan lelaki yang punya hubungan kasih dengannya, begitu juga sebaliknya. Memiliki perasaan ingin selalu diutamakan, dimanjakan, dikasihankan, ditemani dan sentiasa mahu ada bersama pasangannya itu. Namun, perasaan yang semakin bertambah ekstrim dan keterlaluan hingga kekerapan mahukan perhatian seperti itu terkadang mengganggu masa dan ruang peribadi pasangan sering mengundang rasa tidak puas hati dan rasa jengkel pada hubungan yang dicipta. Fasa seperti ini kebiasaannya wujud hanya ketika keyakinan seseorang itu semakin goyah dan mula merasa sepi dari keutamaan pasangan. Persoalannya, apakah benar seseorang itu pada awalnya mampu menghadiahkan masa dan ruang yang cukup banyak mampu berubah hingga mengecilkan skop perhatiannya seiring dengan kematangan hubungan yang sedia terjalin?

Perempuan pada kaca mata Lelaki :
Itulah yang dimahukan oleh seseorang perempuan. Memberi sesuatu dan mahu diberikan kembali sesuatu yang diberi. Konsep 'give and take' yang sentiasa menjadi amalan majoriti golongan perempuan ini kerap menjerat kepada rantaian pertikaian yang lain hingga akhirnya kata-kata "kalau dulu boleh, kenapa sekarang tidak?" menjadi dialog terakhir kepada pergeseran sedia ada. Emosi yang sedia terbina ini jika tidak dihadapi dengan positif, akhirnya akan terus menghancur-luluhkan sebuah toleransi dan persefahaman yang dibentuk satu masa dulu.

Adakah permintaan kaum perempuan begitu mendesak sehingga pihak lelaki rasa terbeban, atau permohonan mereka terlalu kecil hingga diperkecilkan pula pihak lelaki?

Kembali kepada fasa pertama untuk mencipta perhubungan. Mempersoalkan tujuan dan matlamat hubungan yang dibentuk itu mampu membawa kita kepada persefahaman yang lebih terarah dan toleransi yang lebih sihat. Kebanyakan pasangan lebih gemar membenih-bajakan cinta dan angan-angan secara fantasi tanpa menolak adanya petaka-bencana menurut realiti, keadaan dan situasi. Jadi, cuba sekali sekala ketika sedang dirundung emosi, persoalkan kembali tujuan dan matlamat kita dan pasangan secara kolektif. Objektif itulah yang menjadi asas kekuatan serta kebersamaan yang kukuh untuk merealisasikan impian dan cita-cita.

Melihat kepada kesediaan mencipta sesuatu yang besar seperti ingin membina kehidupan berumahtangga bersama, pastilah disertai ramuan dan resipi yang lengkap, hingga disusun berjilid-jilid. Cukup melengkapkan diri pada teorinya dan mengambil pengetahuan dari pengalaman masyarakat sekeliling itulah praktikalnya. Mungkin cinta yang dipamerkan di kaca televisyen atau buku-buku novel cetusan impian seseorang penulis itu kelihatan lebih indah dan sempurna. Tapi ketahuilah, mencari sesuatu yang sempurna itu haruslah pula melihat kepada kesempurnaan ciptaan dan kesucian Pencipta. Berapa ramai antara kita yang mencintai lukisan tetapi tidak pula mengagumi pelukis yang melakarkan hasil seni itu? Maka, benarlah sifat manusia kita yang terbatas dek pemikiran dan logik akal. Kita menghayati apa yang dilihat oleh pancaindera tanpa mahu memanfaatkan keseluruhannya dengan ketajaman minda dan mata akal. Tidak ada kesempurnaan dalam apa saja bentuk makhluk atau jalinan sesama makhluk melainkan jika dan hanya jika kita sendiri yang meletakkan tahap sesuatu kesempurnaan itu. Itulah toleransi yang sempurna apabila kita mula sedar bahawa sempurna itu hanyalah pada Pencipta, dan bukannya hubungan atau rasa cinta antara makhluk yang dicipta-Nya.

Berusaha ke arah menjadikan matlamat itu suatu realiti perlulah didasari atas sikap dan perasaan yang cukup ikhlas. Tidak ada persamaan yang jelas antara kedua-dua pihak lelaki dan perempuan dalam melaksanakan sesuatu tugas secara sama rata baik dari segi budaya mahupun kehendak agama. Tidaklah menjadi pelik jika seorang perempuan mempelawa seorang perempuan yang lain menemaninya ke bilik air, tetapi pastilah janggal jika seorang lelaki menyuarakan hasrat yang sedemikian rupa kepada seorang lelaki yang lain. Meletakkan sesuatu kefahaman itu kepada kuasa dan kemampuan seseorang dalam usaha yang dilakukan itu adalah lebih utama dalam mencapai darjat persefahaman yang tinggi. Demikian pula halnya pada mereka yang menyatakan bahawa mereka lebih berusaha berbanding satu pihak yang lain. Kerana itu dianjurkan supaya usaha kita itu disertai pengharapan kepada Yang Mencipta harapan. Apalah ertinya jika usaha yang dilakukan itu hanya sekadar meraih simpati daripada orang lain dan hanya sekadar mengharapkan orang lain sedar yang kita benar-benar telah berusaha? Akar yang di dalam tanah menyerap air tidak kelihatan jasanya berbanding pucuk yang disimbah mentari saban hari.

Janganlah pula kita terlalu berkira dalam urusan hati dan perasaan. Sebetulnya, berapa jelang waktu yang kita ada, kita gunakan manfaatnya untuk memuja Pencipta kepada hati dan perasaan? Pernahkah terlintas di benak kita, jika dikehendaki oleh-Nya, maka dalam sedetik itu juga kita sudah dihapuskan segala apa yang kita rasa -- baik cinta atau talian hubungan cinta? Jelaskan perasaan kita ini seikhlasnya; adakah perlu kita berkira dengan perasaan yang sekadar menjadi mainan dan angan-angan bagi pencinta sesama manusia dan memberi keutamaan mengatasi realiti dunia hari ini ?

Secara konklusi, kembalilah semula kepada mencintai Pencipta dan mencintai utusan yang dicipta-Nya. Keyakinan yang teguh itu hanyalah kepada mereka yang memiliki keinginan yang menebal kepada memanfaatkan cinta. Tidak salah bercinta, pastinya salah jika menjadi runsing, tidak terurus serta gila disebabkan cinta yang tidak jelas objektif cinta yang sebenarnya.

Wallahu Ta'ala A'lam.

*menjawab persoalan seorang kenalan yang telah pun bertunang.*Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-21444540437450769372013-11-29T12:33:00.002+08:002013-11-29T12:33:23.000+08:00Di suatu sudut, ada yang membincangkan kepincangan dan gosip rumahtangga orang lain.

Di sudut yang lain, ada yang membicarakan perihal keagamaan dan ketuhanan, tetapi seperti tidak beragama dan tidak bertuhan.

Tentulah, kita yang terpaling sempurna pada mata kita.

Cubalah sempena jumaat barakah ini, cuci bilik air sebelum dan selepas menggunakannya. Kemudian tanya pada diri, apakah yang lebih kotor, tandas atau hati kita sendiri?Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-15571950008055948832013-11-21T11:26:00.000+08:002013-11-21T11:32:09.785+08:00Jurisdiksi KeharamanDi bawah jurisdiksi undang-undang yang terpakai di mana-mana pun di Malaysia ini, arak dan minuman keras seumpamanya adalah terjual kepada non-muslim sahaja dan tidak dibenarkan dijual kepada orang Islam. Sedangkan dijual sahaja pun sudah dilarang, apatah pula jika diminum. Arahan ini adalah jelas dalam kepatuhan menurut undang-undang syariah Islam secara spesifiknya di Malaysia.

Begitu juga halnya najis dadah dan bahan berasaskannya yang mampu meletakkan akal di tahap terendah. Sepakat dalam undang-undang konvensional mengharamkannya terus kerana mudaratnya adalah terlalu kritikal serta menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang musnah dan punah ranah.
Persoalannya, apakah beza antara kedua-dua item tersebut; arak dan dadah, dan kenapa jurisdiksi undang-undang hanya menggariskannya terpakai tidak kepada semua sedangkan mudaratnya begitu jelas dan diketahui umum mampu mendominasi akal hingga menjadikan penggunanya lebih hina dari haiwan tanpa mengira bangsa dan agama?

Maka tidak hairanlah jika berbuih mulut majoriti besar masyarakat Islam mengharamkan rokok kerana mudaratnya, tetapi tiada sebarang tindakan undang-undang dikuatkuasakan sehingga kini. Memetik kata-kata seorang kenalan yang mempersoalkan hukumnya, jika haram, pastilah penjualannya turut diharamkan kepada umat Islam. Nah, bagaimana?

Dalam sebuah hadis,

عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال , سمعت رسول الله (ص) يقول : إن الحلال بين و إن الحرام بين , وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس. فمن التقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام , كالراعى يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه. ألا وإن لكل ملك حمى , الا وإن حمى محارمه ! الا وإن فى الجسد مضغة , إذا صلحت صلح الجسد كله , وإذا فسدت فسد الجسد كله , الا وهى القلب

Maksudnya : “ Daripada Abdullah bin An-Nukman bin Basyir r.a katanya "Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram itu) terdapat perkara perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak diketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubhah itu samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram, seumpama penggembala yang menggembala di sekitar padang rumput yang berpagar hampir-hampir binatang gembalaannya masuk dan memakan rumput-rampai yang berpagar ini. Maka ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada padanya kawasan larangan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yang telah diharamkanNya. Dan ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh itu terdapat satu ketul daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhan tubuh dan sekiranya ia rosak maka rosak pulalah keseluruhan jasad, sesungguhnya ia adalah hati."
(Diriwayatkan oleh AI-Bukhari dan Muslim)

Islam yang indah telah meletakkan hanya yang suci, bersih dan halal sahaja yang sewajarnya diambil bagi membentuk generasi yang terbaik. Perkaitan genetik, perubahan emosi, kecamuk minda yang waras serta kemampuan juga limitasi tindakan logik manusia di bawah pengaruh-pengaruh negatif tersebut telah pun disyarahkan para pewaris Rasulullah. Perkara yang sebetulnya jelas haram di sisi Islam serta terlalu luas dikembangkan hingga kini dan kita memandang enteng padanya ialah Riba. Maka, perkara yang jelas keharamannya seperti itu, ada yang berani bangun dan meletakkannya di bawah jurisdiksi undang-undang seperti yang tertakluk kepada arak dan dadah tadi?

Dunia ialah penjara bagi orang Mukmin yang bersabar,
dan 'Syurga sementara' bagi mereka yang tidak percaya janji Allah kemudian hari.

Allahul Musta'an.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-86972433219645746002013-10-28T12:30:00.000+08:002013-11-21T11:27:13.812+08:00Al-AdlSaya melihat rata-rata ibu bapa muda generasi ini gemar berkongsi kisah dan pengalaman tentang menjaga, mendidik, dan membesarkan anak-anak dalam suasana kondusif, harmoni dan selamat. Bertitik tolak dari awal kandungan, semasa bersalin, juntaian persoalan tentang halal dan haram penggunaan vaksin sehingga pemilihan taska dan nurseri juga amat dititikberatkan. Persoalannya, apa yang membuatkan anda berhempas pulas dan bersungguh-sungguh dalam memandu perjalanan keluarga khususnya permata hati anda itu baik dari sudut ekonomi, fizikal, mental dan persediaan lainnya?

Tidak lain, kerana anda mengharapkan segala perkara yang baik untuk masa depannya. Begitu, kan? Anda merangka dan mencipta undang-undang anda sendiri demi kelangsungan hidup dan berusaha gigih bagi memastikan perjalanan keluarga dan anak-anak anda mengikut aturan yang terbaik.

Begitu juga aturan dan undang-undang yang Allah telah cadangkan dan tetapkan bagi menjamin keharmonian, ketenangan, keadilan dan seterusnya memastikan kita tidak tersasar jauh dari jalan Islam. Setiap satunya bagi memandu ciptaanNya ini ke arah jalan yang terpimpin, diredhai dan mencapai matlamat terakhir iaitu Syurga di akhirat kelak. Namun segalanya tidak pernah jadi mudah bagi manusia yang terlalu ego dengan akal dan pemikiran masing-masing yang bersifat konstruktif, saintifik dan idealistik tetapi dangkal pada hakikatnya. Maka manusia kemudiannya mewujudkan satu ideologi baru yang lebih mesra kepada ketamadunan manusia yang mula berevolusi dan bersifat sejagat hingga mewariskan rasa pesimis lalu meletakkan label 'kejam' kepada perwatakan satu fragmen kecil dalam undang-undang Islam yang bernama 'hudud', langsung menolak apa saja yang ada kaitan dengannya secara total.

Ikhwah, memahami undang-undang Islam itu amat terbatas dek kecetekan akal kita. Ambil contoh proses penyembelihan. Sekalipun pelaksanaannya kelihatan kejam dan barangkali nampak barbarik, tapi jika dikaji dan diperhalusi, hikmahnya terlalu banyak untuk diteliti. Pakar sains membezakan antara haiwan yang disembelih dengan tidak (sama ada disuntik, dipotong terus kepala, atau apa saja bentuk mematikan), ternyata haiwan yang disembelih itu lebih tenang jiwanya, tahap ECG yang konstan dan lebih mudah diceraikan nyawanya berbanding cara lain yang akan memberi kesan kepada tubuh badan kita terutamanya haiwan yang disuntik dengan bahan kimia.

Memahami kerangka undang-undang Islam dan pelaksanaannya harus selari dengan pembentukan ekonomi Islam (baca : secara sepenuhnya), sosial, dan didikan serta tarbiyyah yang berterusan. Mencari sumber, dalil, serta terus mempersoalkan atau terus berhujah dengan memetakan konklusi "belum masanya" di pengakhiran perbahasan, itu sudah dikira menderhaka kepada Pencipta pada pendapat saya. Siapa kita untuk berani mengatakan tidak kepada mewujudkan (baca : mewujudkan; belum pun melaksanakan lagi) sistem perundangan Islam dan sistem kehakiman Islam yang unggul mengatasi kekuasaan segala sistem konvensional yang lain? Apakah ada logiknya Islam sebagai agama rasmi negara tapi sistem perundangan Islam berada di bawah sistem konvensional yang secara realitinya mengatasi bidang kuasa sistem perundangan Islam? Malah sudah banyak kes syariah yang diangkat perbicaraannya hingga ke Mahkamah Persekutuan dan diputuskan oleh hakim belum muslim (saya suka menggantikan 'bukan' dengan 'belum'; semoga beroleh hidayah Allahumma Ameen).

Terlalu banyak kepincangan pada sistem yang kita amalkan dan secara sukarela kita menutup sebelah mata dan membiarkan diri kita terus ditipu dan ditindas berkali-kali tanpa serik. Melihat struktur ekonomi negara yang bercampur baur iaitu apabila bidang perbankan atau kewangan Islam sekadar dijadikan pilihan dalam perniagaan sedangkan sistem kewangan konvensional masih dijadikan 'main core business' dalam galakan pengamalan riba' dalam negara. Harus diingat, kejatuhan ekonomi negara Amerika Syarikat bertitik tolak dari pengamalan riba' yang terlalu memuncak hingga melahirkan masyarakat yang terlalu banyak hutang tapi tidak mampu melunaskan hutang. Orang kaya menjual, orang miskin berhutang keliling pinggang mengakibatkan tiada lagi aliran wang antara masyarakat; produk jualan tidak terjual, aset tidak dapat dicairkan dan ekonomi jadi statik.

Justeru, saya berharap agar kita tidak lagi beralasan dalam menobatkan undang-undang Islam di tahap tertinggi dalam negara. Tidak jadi soal sama ada negara berbentuk demokrasi atau sistem khalifah (seharusnya kita menjurus ke arah sistem khalifah) kerana bidang kuasa pemerintah diceraikan dengan bidang kuasa perundangan dan bidang kuasa kehakiman. Ini bererti pemerintah tertinggi juga boleh dihakimi dan hakim yang menghakimi juga turut dihakimi. Nah, adil bukan bila Ketua Jabatan, Menteri dan Sultan juga boleh dijatuhi hukuman sekiranya berbuat kesalahan? Begitu juga jawatankuasa siasatan ditentukan waris mangsa sendiri memberikan akses yang lebih jelas dan penglibatan 100% tentang perjalanan proses siasatan. Kuasa menghukum juga tertakluk kepada waris mangsa bagi hukuman qisas dan di'at memberi ganti rugi kepada waris mangsa berbanding amalan sekarang, ganti rugi dibayar kepada pihak kerajaan. Menarik bukan?

Adil itu meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Jangan pula hingga kita menjadi mangsa, baru kita mahu sekalian manusia berlaku adil kepada kita. Maka, jadilah muslim yang bermanfaat kepada muslim yang lain. Bersama kita berusaha menobatkan sistem syariah Islam yang sempurna, insyaAllah dan janganlah pula kita berusaha mencari perkara-perkara yang menambahkan lagi alasan untuk tidak mengangkat sistem Islam kita di tahap tertinggi dalam negara. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Seperti mana kita mahu yang terbaik buat anak-anak kita, begitulah Allah mahu yang terbaik buat sekalian kita (menjangkau perbezaan agama dan fahaman) melalui buku panduan hidup yang kita baca sehari-hari, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Masih memilih akal dan pemikiran yang terbatas berbanding hikmah, kekuasaan dan pengetahuan Pencipta Yang Maha Mengetahui?

Wallahu Ta'ala A'lam. Allahul Musta'an.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-73870165173473766182013-07-29T12:01:00.003+08:002016-02-02T16:46:45.522+08:00Wain Berdarah

ternyata bumi itu tidak lagi suci,
kelihatannya terlalu berbeza dari gambaran mukjizat nabi,
kerana setiap inci tanah itu, tersimbah wain merah yang seenaknya diperah;
dari jiwa-jiwa yang berani pertahankan maruah.

apakah terbanding himpunan resah mereka,
berbanding kita yang terus menerus merebut hari menggali khazanah dunia?
sedangkan mereka saban waktu;
menongkah derita,
melapah lara,
menggigit tabah,
menjerit sumpah,
menggumam rasa,
menggenggam Al-Aqsa,
hingga langsung membunuh hasutan romansa dunia,
berjanji syahid di sisi kanan,
dan pembebasan Palestin di kiri harapan.

teruslah mabuk wahai zionis,
biarkan tenggorok tekakmu basah disimbah wain merah,
hingga satu detik kelak,
kejatuhan kamu dibantu hilang akalmu.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-63937736120744005152013-04-05T16:42:00.000+08:002013-04-05T16:42:09.758+08:00Innallaha Ma'ana

Menemui adinda Tuan Puteri.

Dengan berkah nama Pencipta Sekalian Alam kita mulakan bicara.

Adinda,
Berita kepiluan dan kesedihan adinda tersampai juga ke daerah kita. Segera cuping telinga ini menekup desus desas khabar yang ditiupkan manusia saban waktu kebelakangan ini. Ketahuilah olehmu bahawa kita juga berkongsi keperitan adinda. Kalau kita pun sudah rasa tempiasnya, apatah pula empunya perasaan yang mengalaminya. Tapi adinda, bertabahlah. Tidak ada rasa sakit di dunia ini yang sengaja menyinggah tanpa mendidik kita apa-apa. Sekali terbenam duri ke telapak, barulah kita tahu bunga ros itu ada cara mengendali sebelum menghidu nikmat harumannya. Jika tidak, pastilah tidak mampu kita menjamah aroma ros dari jarak terpaling hampir. Begitu indahnya, bukan?

Terdahulu kita mendengar sekadar angin lalu dari mulut kanda perempuan berkisar tentang adinda. Menurut butir bahasa kanda perempuan, kita awal-awal lagi sudah pun membuat kesimpulan ringkas. Kini benarlah telahan kita bahawa si dia ada pilihan kedua. Maka tidak hairanlah dia lebih tenang menerima dan kurang berminat lagi memanjat tangga usaha. Sekiranya dia terlalu amat mahu kepada adinda, jangankan lautan api, panasnya neraka juga akan diusahakan untuk dihindari. Kita bermohon agar adinda dapat meluas-fikirkan tentang perkara ini secara positif dan mengambil ibrah lanjutan dari takdirnya Allah tidak mengizinkan perancangan adinda. Tidak ada kekejaman pada cara Al-Mutakabbir itu, hanyalah penuh Ar-Rahman dan Ar-Rahim semata-mata terhadap hamba-hambaNya. Seandainya adinda faham asas itu, maka mudahlah bagi adinda menghadapi walang dan ujian kali ini. Bantulah diri berdiri kembali dengan meletakkan bahawa ujian itu adalah tarbiyyah bagi mendidik hati.

Ingatkah adinda firman Allah :

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Al-Ankabut: 2-3)

Dari hal yang demikian, kita amat pasti adinda cukup terdidik dari sudut ilmunya dan teguh pula imannya.
Benar, bukan?

Adinda,
Berkenaan soal hati, kita rasa terlalu bersifat peribadi. Memilih untuk tidak mahu sakit lagi itu tidak akan menjanjikan apa-apa. Setiap kita mahu mengikut jejak langkah Nabi, tapi tidak pula mahu atau sanggup menerima susah payah dan jerih perih Baginda. Bacalah kisah dan peristiwa pernikahan Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda yang mendahului kita, tentang mujahadah mereka dan pergantungan mereka sepenuhnya kepada Allah dalam melengkapkan hidup dengan berteman serta berkasih sayang. Tidak ada sebarang kata-kata negatif mahupun keluhan yang digetarkan baik hati mahupun bibir sekalian mereka terhadap segala macam ujian yang Allah berikan. Kita teringat kisah seorang sahabat yang syahidnya tidak sempat berumahtangga dan tentang seorang lagi sahabat yang syahid pada hari kedua pernikahan. Lantas kita berfikir, kalaulah kehidupan berumahtangga itu diukur dari faktor masa untuk skala bahagianya, adakah sahabat-sahabat tadi cukup bahagia? Ternyata, mereka tidak terlalu mementingkan soal keduniaan dalam merebut bahagia, tetapi lebih mengutamakan kebahagiaan yang abadi di negeri akhirat sana. Ukuran bahagia bukan masa, adinda. Jika Allah janjikan kemudian hari, maka bersabarlah menanti waktu terkota janji itu. Jika Allah tak mengkehendaki adinda mempunyai teman di dunia, maka pasti akan digantikan dengan seseorang di negeri abadi sana. Pada apa yang tidak Allah kurniakan di dunia, balasan baiknya akan berlipat kali ganda di penghujung pembalasan kelak seandainya kita tabah dan selalu bersabar, insyaAllah. Jadi, didiklah hati untuk bersabar menempuh 'masa' dan cubalah bersahabat baik dengan 'kepercayaan' kepada Yang Maha Esa.

Firman Allah :

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Al Hadid:20)

"Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar."
(Al Hadid:21)

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
(Al Hadid:22)

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Al Hadid:23)

"Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(Al Hadid:24)

Setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali ..

La Takhaf.
La Tahzan.
Innallaha Ma'ana.
Allahu Ta'ala A'lam.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-79986048587227786322013-03-29T10:04:00.003+08:002013-03-29T10:05:41.170+08:00Meraikan Permai Ketika Musim Melambai

Menyorot kenangan zaman kanak-kanak kita yang kaya dengan pelbagai jenis permainan bermusim yang sangat mengujakan. Satu ketika kita pernah sama-sama bermain getah, gasing, guli, kad, 'bola tekan' dan sebagainya. Sekejap lagi pula kita beramai-ramai tekun memasang 'Tamiya' semasa cerita kartun 'Dash Yonkuro' berada di kemuncak. Terkadang bila sudah puas, kita secara berkumpulan memenuhi jalanan bermain 'baling selipar' atau bermain 'kejar-kejar'. Hebatnya kita, tak kira musim permainan apa sekalipun, pasti kita akan cuba menyelam dalam-dalam, menghayati dan terus menikmati musim-musim permainan itu sepenuhnya bersama kawan-kawan. Hingga sering singgah di kotak fikiran, siapakah agaknya pencetus musim-musim permainan tersebut yang disebarkan secara sekata di tanah mana pun di bumi Malaysia ini?

Tidak dapat dinafikan, kita sememangnya telah pun diajar sejak kecil untuk menikmati setiap musim yang dicetuskan; tidak kira siapa juga pencetusnya, asalkan keseronokan dan rasa kebersamaan itu kita junjung sama-sama. Maka, apa bezanya jika kita perbualkan tentang musim politik yang sedang menjengah jendela mata kita ketika ini melalui medium alternatif secara majoritinya? Adakah setiap perbualan kita itu membuatkan rakan-rakan kita mula rimas dan berasa jelak?

Pastilah sewaktu bermain dulu, akan ada pihak-pihak tertentu yang akan bermain taktik kotor, menipu, dan akan melakukan apa saja asalkan kemenangan milik mereka. Tapi hebatnya kita sekali lagi kerana mampu menangkis cara sedemikian secara bijaksana tanpa perlu menumpahkan darah atau caci maki secara keterlaluan dan berusaha menerima setiap perkara dengan hati dan minda yang terbuka serta tidak jemu menikmati keseronokan setiap permainan.

Renungkan sejenak, di mana agaknya kita ketika musim bola, musim cuti sekolah, musim buah, musim Anugerah Bintang Popular, musim A.I.M., musim Gangnam Style, musim Harlem Shake, musim drama Adam & Hawa, dan pelbagai musim lain yang setara. Ambil musim bola sebagai contoh, kita bebas memilih pasukan yang hendak kita sokong berdasarkan pemerhatian atas kehebatan, kebolehan, dan rasa yakin mampu menang, bukan? Dan setiap kita bebas juga melaungkan apa saja pandangan peribadi kita, bukan? Setiap pandangan peribadi itu pasti disertai pemikiran dan kefahaman tentang tiap-tiap sesuatu pilihan. Maka, apa salahnya mendengar pemahaman orang lain yang berijtihad penuh dengan apa yang mereka percaya? Contoh, sekiranya anda memilih pasukan bola England, tetapi rekod permainan mereka teruk, pastilah akan dikritik penyokong pasukan Sepanyol yang ketika itu dianggap pasukan pilihan berdasarkan rekod kemenangan yang dicatat. Jika anda tetap juga memilih pasukan bola England sebagai pasukan pilihan, maka nantikan sajalah natijahnya ketika berada di padang kelak. Mudah, kan?

Barangkali, ada perkara yang perlu kita belajar dari zaman kanak-kanak dahulu, berbanding mendabik dada dan berlagak matang kononnya membenci semangat kepartian sempena musim politik yang sedang bertiup kencang saban hari. Berdoalah agar Allah segerakan dan permudahkan setiap perkara dan terus kekalkan rasa 'kebersamaan' menempuh musim yang penuh isu dan kontroversi ini. Berpolitiklah secara bijaksana dengan berdasarkan fakta dan hujah sekaligus menolak segala fitnah dan tohmah. Semoga Allah sentiasa redha dan beri petunjuk bi-iznillah. Ameen.

Terus maksimumkan penggunaan akal fikiran dan sebarkan kasih sayang. Allahu Ta'ala A'lam.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-10849866603528065502013-03-06T10:58:00.002+08:002013-03-06T10:58:53.428+08:00Memimpin Pilihanada 2 jenis kebodohan yang ternyata dalam dunia ini.

bodoh yang dipilih,

dan bodoh yang terpimpin.

sekiranya anda punya ilmu dan tahu tentang sesuatu, tapi lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding memikirkan kesan dan akibat terhadap masyarakat secara umumnya; maka anda layak dikategorikan sebagai bodoh yang dipilih.

contoh : masuk bulatan melalui sisi kiri, tetapi sebenarnya menghala ke arah pukul 3 atau 6 dan keberatan menggunakan lampu isyarat kenderaan.

faham?

begini, secara normalnya, undang-undang jalanraya yang ditetapkan (dan diketahui umum) menggesa perkara sedemikian untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan pengguna-pengguna jalanraya ketika keluar dan masuk bulatan. hal ini terbukti berkesan dan dapat mengelakkan berlakunya lebihan jarak perjalanan bertemu kekurangan jarak perjalanan sekaligus mampu menjauhi kemalangan. formula ini terpakai di semua negara dan dikembang-luaskan bagi kemaslahatan manusiawi.

apa terjadi sekiranya formula ini ditolak?

mengikut sistem, dari arah kita memasuki bulatan melalui sisi kiri, kita akan menggunakan jarak maksimum keluar pada jam 12. ini bermakna, pengguna sisi kiri hanya layak keluar bulatan pada jam 9 dan 12 sahaja. pertembungan had jarak akan timbul sekiranya pengguna jalanraya dari sisi kanan kita pula menghadkan jarak perjalanan dan memilih untuk keluar bulatan pada jam 12 sedangkan kita memilih untuk keluar pada jam 3. sistem ini menjamin kelancaran bagi pengguna-pengguna jalanraya dari arah yang sama masuk dan keluar bulatan pada masa yang sama. pengguna laluan sisi kanan hanya tidak dibenarkan keluar pada jam 9 sahaja.

bilakah perkara seperti ini akan terjadi?

secara normalnya, ketika sisi kanan dipenuhi kenderaan dan sangat kurang pengguna jalanraya menggunakan sisi kiri. tambah menyukarkan sekiranya perkara ini berlaku, pengguna sisi kiri yang menghala ke jam 3 atau 6 gagal memberikan isyarat mahu memanjangkan jarak penggunaan bulatan. inilah yang seringkali mengundang kecelakaan jalanraya dan membahayakan penunggang motorsikal secara kolektif dan kenderaan lain secara am.

apa bezanya bodoh yang dipilih dengan bodoh yang terpimpin?

hal ini terpakai sekiranya pengguna jalanraya didapati tidak memahami struktur asas jam berjarum dan bulatan yang terdiri dari laluan kiri (jam 9), laluan menegak (jam 12), laluan kanan (pukul 3) dan laluan kembali (jam 6). pengguna jalanraya yang mengalami kesukaran sebegitu mampu dan berkeupayaan belajar mengenainya, asalkan benar-benar mahu tahu dan bersungguh-sungguh mahu mempelajari. masa dan pengalaman akan menentukan keupayaan dan tahap pengetahuan pengguna jalanraya dan disiplin pengguna sesudah itu tidak akan melayakkan dirinya dilabel bodoh lagi.

jadi, siapakah kita di atas jalanraya?
atau secara luasnya, sebagai manusia?

Allahu Musta'an.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-53218458988425064062013-02-22T21:24:00.001+08:002013-02-22T21:24:08.797+08:00Bagasikeretapi itu berlalu.

sayup meninggalkan.

platform kembali menjemput sunyi.

maka, tiadalah lagi penunggu setia.

namun tetap berganjak tiada;

harta peribadi bagasi misteri.

hanya takdir dan jelang waktu jadi penentu,

boleh jadi dia kembali,

memungut khazanah yang tertinggalkan,

atau mungkin dia benar-benar telah mati sebelum mati.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-30570496695225111922013-01-08T11:29:00.001+08:002013-01-08T11:29:41.762+08:00Fesyen Nista?lihatlah ke mana sahaja. berdarjah 360, setiap sudut, dalam lingkungan apa pun, pasti akan terlihat muda mudi penuh membanjiri ruang lingkup mata dengan fesyen yang pelbagai. pelbagai jenis corak, warna dan bentuk tidak kira material apa yang bebas digayakan ke sana sini. demikianlah yang berlaku saban hari, tanpa mengira situasi apa pun, baik keramaian, majlis ataupun sekadar ke kedai di depan rumah; pasti anggun berfesyen jadi pilihan.

soalnya, apakah itu yang dianjurkan Islam dalam merebut redha Allah, atau sekadar mahu kelihatan menawan di tubir mata masyarakat?

berpakaian itu terlalu subjektif, baik dari segi pemilihan warna, corak, bentuk, material, harga, saiz, kesesuaian, dan imej. justeru, memilih pakaian dapatlah diertikan dengan aktiviti menonjolkan diri. seperti mana akhlak kita menunjukkan diri kita, berpakaian pula berkait rapat dengan cerminan akhlak. sudah tentu kita semua mahu kelihatan menawan dan cantik, tapi biarlah mengikut adab dan syariat yang telah digariskan dan dianjurkan Islam. apa yang pasti, setiap perkara yang indah dan istimewa itu tidak mudah dipamerkan buat tatapan percuma. seperti permata yang bernilai tinggi, bukan sewenang-wenang dibiarkan melata secara biasa. sudah pastilah aset sebegitu tinggi nilainya dikawal ketat, dijaga rapi, dan terlindung dari jangkauan jahat manusia. seperti itulah juga harusnya adab dalam berpakaian yang berperanan melindungi diri dari fitnah, buruk sangka, tohmah, caci maki, nafsu dan niat yang dikhuatiri dan dibimbangi ketulusannya. manusia yang baik pasti berlaku baik kepada orang di sekelilingnya dan mengelakkan diri dari mencetus sebarang kemungkinan yang buruk.

berpakaianlah mengikut apa juga acuan dan turutan kita, asalkan menutup aurat dengan sempurna. pakaian yang baik, sudah pastilah tidak bergantung kepada telekung untuk melakukan ibadah fardhu kerana telah tertutup dan terpelihara dengan sempurna. kerana aurat dan solat adalah selari dalam pemahamannya. begitu, bukan?

jagalah Allah dan hakNya.
pasti Allah akan menjaga kamu.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-72989403909028921382013-01-08T10:53:00.000+08:002013-01-08T10:53:13.715+08:00Anginangin itu dahulunya berhembus kencang,

terkadang bercalar muka ditorehnya.

dewasa ini,

tiupannya mengelus damai,

penuh rasa tenang,

cuma yang pasti,

calar muka itu abadi.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-17453002688525944212012-11-22T10:19:00.003+08:002012-11-22T10:19:55.145+08:00Zawjah 2

barangkali aku tidak punya madah-madah cinta,

mati kata-kata,

kebas segala rasa,

jauh sekali bertatang hati tanpa rasa kecewa,

seiring rasa kosong dan sepi,

aku tampil di hadapanmu membawa sepai-sepai hati,

bantulah aku wahai zawjah cerdik solehah;

ubati luka ku,

redakan amuk ku,

tenangkan rajuk ku,

pujuklah jiwa ku,

belailah hati ku,

manjakan diri ku,

hilangkan resah ku,

ukirlah senyum ku,

hilaikan tawa ku,

bahagiakan hidup ku,

kerana kamu,

dirangka Allahu -- kepala jurutera masa depanku.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-87540745365929403122012-11-22T10:16:00.000+08:002012-11-22T10:16:59.720+08:00Zawjahdulu aku melihat pilu,

dari kaca mata seorang hawa.

kini aku melihat cinta,

dalam mata seorang kamu.Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1234435815514730321.post-26174707934050890922012-11-05T22:27:00.003+08:002012-11-05T22:27:52.448+08:00Malam Ini Kita Semua Menangis

baris-baris mesej tadi kembali memenuhi lapangan pemikiran. entahlah, yang digusarkan itu barangkali telah terlalu lama terpendam; membusuk dan berulat. katanya terlalu perit, terlalu sakit, hingga kadang kala terketar-ketar jemari si dia ditongkat perasaan yang sudah sekian lama disimpan; kini mula merebak, merobek dan memakan terus sisa-sisa positif yang masih ada. dia kini tidak lagi mampu menghadiahkan senyum. kumat kamit bibirnya tidak lagi berlagu dengan kata-kata yang manis, yang dahulunya enak dihadam halwa telinga. malah, bibir mungil yang santun itu kini, telah mati lembutnya; sepertimana hati dan jiwanya yang lara, luka, berdarah, menyembur nanah.

namun, percayalah, ana juga sebenarnya berkongsi rasa apa yang kamu rasa, sahabatku.

(setidak-tidaknya, pernah -- satu ketika dahulu.)

memohon simpati tuhan untuk mati bukanlah satu perkara yang baik sekalipun itu mampu mengelakkan dari apa yang telah kamu rasa sekarang ini. barangkali, sakit itu tuhan ciptakan supaya kamu mampu jadi kebal dari segenap rasa benci terhadap manusia. seperti sakit 'chicken pox' yang menjadi satu kewajipan bagi setiap manusia (secara normalnya), berjaya membantu merangsang sistem imun untuk berevolusi lebih hebat lagi daripada asal dan memastikan kita tidak lagi cenderung dijangkiti dan menghidapi untuk kali yang kedua dan seterusnya. begitu besarnya rahmat dan kasih sayang tuhan terhadap kita. tak akan dibiarkan kesakitan itu berulang kembali, cuma berbeza jenis, tahap, keadaan dan masa. kalau dipanjangkan soalan itu kepada tuan doktor sekalipun, pasti jawapannya mudah, "bukanlah kita yang menyembuhkan, bukanlah ubat itu yang menawarkan, akan tetapi hanyalah Allah punya rancangan terbaik memberi ujian, kesakitan dan sekaligus menenangkan dengan kesembuhan."

tenanglah wahai jiwa-jiwa yang gundah gulana.
damailah wahai hati-hati yang duka lara.

ingatlah bahawa segalanya itu telah tuhan takdirkan dengan penuh jaya.

dan kepada Dia-lah kita memohon untuk keringanan dan kebaikan sepenuhnya.

p/s : apabila sudah tidak ada lagi yang mahu dan sudi mendengar, sebagai makhluk, khabarkan pada ana. sekiranya ana gagal menggalas tanggungjawab itu, menangislah dengan penuh rendah hati kepada Yang Maha Khaliq.

Hizwan Nizamhttp://www.blogger.com/profile/15769394730868589354noreply@blogger.com1